Video Panduan : 5 Ciri Produk Senang Jual & Senarai Produk Senang Jual 2017

Hai Assalamualaikum.
Saya ada rakam 2 video.

Video #1 – 5 Ciri Produk Senang Jual di Internet ( Durasi : 30 minit )

Dalam video ini saya terangkan kepada anda, apa checklist ciri-ciri yang saya pakai, dalam memilih produk.

Checklist ini penting. Sangat penting.

Kalau anda berniaga online, step pilih produk ini step yang tak boleh main-main.

Jika anda tersilap pilih produk, produk tu ‘tak boleh pi’. Susah jual.

Silap-silap tersadai bawah katil.

Hangus modal. Stress tu.

Selesai anda tonton video ini, anda akan tahu :

  1. Macam mana nak pilih produk yang ada demand
  2. Tools free & simple yang saya gunakan untuk check produk tu ada demand ataupun tak
  3. Checklist 5 ciri-ciri produk yang ‘boleh pi’/senang jual

Alhamdulillah, checklist ini, telah banyak menyelamatkan duit saya & duit klien saya.

Ini panduan ‘selamatkan duit’. Bukan panduan buat duit.

Perasan tak ?

Ramai kita teruja nak buat duit, sampai terlupa tanya soalan “Boleh jual ke produk ni ? “

Margin besar tiada makna kalau produk itu susah nak jual.

Lebih baik marginnya kecil sedikit, tapi laju keluar stok dari rumah kita ke poslaju.

Kita buat duit bila produk TERJUAL.

Margin besar, kalau tak terjual, mereput juga akhirnya.

Video #2 – Senarai Produk yang Senang Jual ( Durasi : 30 minit )

Haa..Dalam video pertama, saya tunjuk ciri-ciri.

Dalam video ini, saya dedahkan :

  1. 26 industri yang saya telah kaji berpotensi untuk ‘senang jual’ di tahun 2017.
  2. Siap dengan contoh-contoh produk & nama produk sekali.
  3. Ada sebahagian produk yang saya siap petik nama ownernya sekali. Jadi mudah untuk ada terus mula.
  4. Bukan setakat industri produk kecantikan sahaja. Banyak lagi industri lain yang lumayan, tapi newbie tak nampak.

Pendek kata, kalau anda tengah tak ada idea nak jual apa, video ini memang untuk anda.

Orang ingat musim gawat ni susah nak jual produk. Saya akui perkara tersebut.

Tapi, sebenarnya, sebagai marketer, kita kena pandai kaji pasaran. Ada pasaran yang stabil, tak kisah pun ekonomi terumbang-ambing sekalipun.

Dan jangan terkejut, ada pasaran yang meningkat naik permintaannya di musim gawat !

Kenapa Saya Rakam 2 Video Ini

Saya sebenarnya kesian tengok newbie.

Macam mana newbie sanggup labur untuk jadi ejen/stokis/ambil direct China/buat produk sendiri, sedangkan dia tak pernah check pun produk tu boleh pergi ataupun tak.

Sebab itu saya rakam 2 video ini.

Ini bab penting sebelum nak mula jual online.

Tersilap langkah step ini, banyak masalah lain akan datang.

Boleh Percaya Ke 2 Video Ni ?

Sebagai konsultan, antara kerja utama saya ialah mengkaji pergerakan pasaran.

Jadi, saya ada data tentang produk apa yang ‘boleh pi’ & produk apa yang ‘payah nak pi’.

Khidmat saya banyak digunakan di belakang tabir.

Khidmat saya tujuannya cuma satu, iaitu menyelamatkan duit klien daripada terbakar hanya kerana tersalah pilih produk.

Case Study #1 : Jualan 6,000 unit dalam 8 bulan

Tahun lepas, saya ada 1 klien yang buat produk kecantikan.
Pada waktu dia datang tu, dia dah spend RM6,000 lebih pada FB Ads.

Hasil ? Ke laut.

Untung tak ada. Stok bertimbun tersadai tak terjual.

Kenapa benda ni berlaku ?

Sebabnya mudah. Masalah kulit yang produk dia cuba selesaikan itu, masalah kulit yang sudahpun ramai pesaing buat.

Pesaing-pesaing pula ada bajet besar.

Logik lah kan ?
Kita buat iklan RM100. Pesaing buat iklan RM100,000.

Tentulah pesaing menang.

Iklan pesaing merata-rata & kerap muncul.

Iklan kita tenggelam, di mata pelanggan.

Itu sebab pesaing senang jual, sebab dia kuat dari segi modal marketing.

Habis tu ? Apa yang saya tolong klien ini ?

Ada 2 pilihan.

  1. Sama ada klien pun kena tambah bajet marketing, supaya pelanggan ‘aware’ iklan produk dia.
  2. Tak bersaing dengan pesaing. Sebaliknya fokus pada masalah kulit lain yang ada demand, tapi tak ada pesaing.

Dipendekkan cerita, saya pilih pilihan No. 2. Cara No. 2 ini lebih cepat dan kos minima.

Alhamdulillah, hari pertama iklan, sudah untung !

Klien gembira sebab selama ni punyalah payah nak dapat respon.

Kalau iklan dapat respon pun, payah nak close.

Hari ini, selepas 8 bulan, Alhamdulillah, klien saya ini telahpun mencatat jualan lebih 6,000 unit.

Nampak tak ?
Produk payah nak jual pun boleh jadi senang jual, sekalipun dalam niche yang ‘tough’ persaingannya.

Nampak tak sekarang, pentingnya mengkaji pasaran sebelum mula jual ?

Kalau klien saya ini terus-terusan buat benda yang dia sedia buat, anda sendiri boleh bayang, betapa lambat & payahnya nak buat untung.

Case Study #2 : Sudah jana RM3,000 bulan pertama bisnes

Saya ada seorang kawan yang baru nak mula bisnes.

Pendek cerita, dia mula bisnes, dengan produk yang tersenarai dalam video #2.

Dengan kos iklan RM10 sehari, selama 3 minggu, beliau sudahpun ada untung RM3,000.

Nampak tak ?
Ekonomi tak bagus pun orang beli.
Cuma kita kena tahulah waktu ekonomi tak bagus ni, apa benda yang orang beli.
Sekarang anda nampak kan, pentingnya memilih produk ?

Kesimpulannya ?

Daripada 2 kisah di atas, anda boleh nampak, kalau salah pilih produk :

  1. Lambat nak dapat untung
  2. Rugi masa
  3. Kos pemasaran tinggi
  4. Letih tenaga guna banyak, hasil ciput
  5. Emosi stress, duit keluar tak masuk-masuk.

Dan, anda nampak, kalau dari awal dah betul pilih produk :

  1. Cepat buat duit
  2. Masa tak terbuang
  3. Kos pemasaran minimum, hasil berbaloi.
  4. Tenaga optimum buat benda yang ada hasil
  5. Hati gembira sebab akaun ada duit masuk

Berminat untuk dapatkan 2 video panduan ini ini ?

Pelaburan untuk dapatkan 2 video ini cuma RM57.

Anda mungkin rasa mahal.

Tapi untuk orang yang pernah rugi tersalah pilih produk, RM57 ini sangat murah.

“Takde diskaun ke ? “

Maaf. Kalau anda dah kenal saya lama di FB, saya sangat-sangat jarang bagi diskaun.

Sebab ?

Memang saya akan buat banyak duit kalau saya tulis “Harga Asal RM157. Diskaun RM100 “. Mesti anda teruja nak beli kan, benda tengah diskaun RM100.

Tapi, saya kurang gemar buat jualan ‘style’ begitu.

Memang saya nak jual harga RM57. Saya tak buat gimik sedemikian rupa, semata-mata nak duit lebih.

Biarlah jualan saya sikit, tapi, orang yang menghargai ilmu ini sahaja yang beli.

Jaminan Refund 2 Kali Ganda

Mungkin anda pernah kecewa beli panduan sebelum ini, tapi jangan risau bila beli dengan saya. Saya sangat terbuka bab refund.
Pernah je saya refund orang yang baru 5 minit beli dah minta refund.

Saya telah berusaha untuk menghasilkan panduan yang berkualiti.

Jadi, saya yakin untuk bagi refund 2 kali ganda jika anda tak puas hati.

Untuk makluman, sebelum ini panduan ini telahpun dibuka jualan. Sampai hari ini belum ada seorangpun yang minta refund.

Ini jaminan saya : Jika anda rasa panduan ini hampeh & tak berbaloi, beritahu saya, saya refund 2 kali ganda, tanpa sebarang soalan.

Maaf. Jualan Sudahpun Ditutup.