2018, Apa Rancangan SuffianSalahudin.com.my

Tahun 2017 saya banyak menyepi daripada menghasilkan ebook-ebook.

Ini kerana, saya banyak fokus kepada klien.

Tak sempat nak hasilkan ebook, sebab FB semakin banyak update baru, ditambah pula dengan keadaan pasaran yang semakin meruncing.

Lambakan produk, lambakan player FB Ads, pasaran semakin kebal dengan iklan, FB Ads semakin mahal dan semakin strict (flag lah, disapprove lah, iklan tak jalan lah ). Itu antara cabaran yang dilalui sepanjang 2017.

2017, saya banyak melakukan testing.

Antara perkara yang saya buat ‘research’ adalah :

  1. Apa cara untuk lakukan marketing, supaya, prospek yang whatsapp itu, jadi faham dan betul-betul nak beli. ( Ini bagi meringankan beban kerja orang yang buat close sale )
  2. Apa cara untuk lakukan marketing, supaya, boleh menaikkan satu-satu jenama baru, tanpa kos yang tinggi.
  3. Apa cara untuk jimatkan kos marketing untuk dapatkan prospek yang berkualiti.
  4. Apa ‘sales funnel’ yang bersesuaian dengan situasi pasaran yang semakin sengit.
  5. Dan banyak lagi.

Saya ada 8 klien terdiri daripada :

  1. Produk kesihatan
  2. Hartanah
  3. Produk kecantikan
  4. Servis ( servis aircond dll )
  5. Pakaian ( Ini niche yang paling ngeri bagi saya. haha )
  6. Premis ( Kedai makan dll )
  7. Gadget
  8. Spa

Dan saya ada juga produk yang saya lemah seperti :

  1. Perfume
  2. Makanan ( seperti kerepek )

Memang pening. Botak kepala.

Sebab itu tak sempat sangat tulis ebook.

Tapi insyaAllah, 2018 ialah tahun saya berkongsi ilmu.

Lebih banyak training. Lebih banyak ebook.
Watch out.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *